Thursday, December 17, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 pada 17/12/2020.

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan pertama Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 pada 17/12/2020. 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap pindaan Akta Cukai Jualan 2018. Undang-undang percukaian merupakan undang-undang yang penting kerana setiap perkataan perlu diteliti  certainty dalam drafting undang-undang percukaian adalah penting.

Saya merujuk kepada fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 17 akta ini. Terdapat satu perubahan dari segi pengiraan sales tax iaitu sebelum ini kaedah masa depan, the future method dan dalam cadangan pindaan ini digunakan kaedah sejarah, historical method. 

Seperti yang kita maklum bahawa future method mengirakan current month plus 11 months in future. 

Historical method eleven month in the past plus current month. Oleh itu satu departure daripada pengiraan cukai jualan ini saya ingin dapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri apakah pandangan daripada business committee, adakah consultation dengan business committee

Bagaimana dengan syarikat baharu yang tiada historical data yang syarikat baharu yang ditubuhkan tidak ada historical data so, apakah work around ataupun apakah pindaan ini mempertimbangkan terhadap syarikat-syarikat yang baharu yang tiada historical data. 

Saya juga ingin membangkitkan isu Fasal 6 di mana bahawa satu seksyen baharu 35A telah disertakan di mana Ketua Pengarah Kastam boleh selepas pengilang berdaftar membuat potongan yang dicadangkan terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik (refund). Baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh Ketua Pengarah Kastam. Itu adalah— tetapi saya rasa shall be refunded to the register manufacturer by the Director General of Customs“Shall be refunded” iaitu satu perkataan yang mandatori perlu Ketua Pengarah Kastam untuk mengembalikan wang itu apabila terlebih bayar. Perlu di refund balik. 

Pada saya kekurangan daripada seksyen ini ialah bahawa tiada tarikh atau tiada satu tempoh masa yang ditetapkan. Kalau sebelum ini kalau kita sedia maklum bahawa di bawah regim GST sebelum ini, regim percukaian GST ada satu timeframe 14 hari telah dinyatakan dalam GST refund. Akan tetapi dalam Sales Tax Refund ini tidak dinyatakan hanya nyatakan – shall be refunded. Ia mungkin satu bulan, mungkin 12 bulan, mungkin tiga tahun dan lebih lama. 

Oleh itu perundangan tidak menyatakan secara jelas, tidak memihak, tidak mempertimbangkan business cashflow oleh syarikat-syarikat yang membayar sales tax. Saya lihat bahawa ada kepincangan walaupun digunakan perkataan ‘mandatori’ shall be refunded’ tetapi tiada tempoh dinyatakan dan tambahan 35A(3) pula memberikan kuasa Ketua Pengarah Kastam untuk menggunakan pembayaran balik itu untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya. Kuasa yang amat besar kepada Ketua Pengarah Kastam. Tiada tarikh refund tetapi Ketua Pengarah Kastam boleh menggunakan kuasanya untuk menggunakan wang refund itu untuk guna dikreditkan kepada bahagian tempoh percukaian berikutnya. 

Saya rasa ini keseimbangan kuasa yang memihak terlalu besar kepada Ketua Pengarah Kastam. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. 

Sekian Terima Kasih. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 pada 17/12/2020. 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 dan saya meneliti dan juga mendengar ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut dan terdapat beberapa perkara yang saya ingin tambah. 

Fasal 2, memasukkan satu seksyen baharu di mana terpakai juga peluasan skop cukai pelancongan untuk di dalam dan di luar Malaysia, termasuk ke atas pemberi perkhidmatan platform digital walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya. Maksudnya bidang kuasanya melangkaui sempadan Malaysia extra territorial jurisdiction. 

Persoalan saya, bagaimana enforcement atau penguatkuasaan dapat dilakukan terhadap pemberi perkhidmatan platform digital ini sekiranya ingkar atau pun telah mengutip cukai tersebut tetapi ingkar untuk membuat pembayaran kepada autoriti. Apakah bidang kuasa kita untuk terhadap pemberi perkhidmatan platform digital? 

Perkara kedua, fasal 4 dalam meminda seksyen 9 memberikan Menteri kuasa untuk mengecualikan pemberi perkhidmatan untuk memungut cukai pelancongan. Bidang kuasa ini besar. Kenapa kita berikan kuasa ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi pengecualian? Apakah rasional? 

Kita tidak memberikan panduan kepada Yang Berhormat Menteri untuk melaksanakan tugasnya. Kita bagi satu blank cheque kepada Yang Berhormat Menteri bahawa beliau boleh guna kuasa untuk pengecualian. 

Dalam perundangan sedemikian, sepatutnya ada satu guideline supaya Yang Berhormat Menteri boleh melakukan kerjanya mengikut guideline tersebut. Akan tetapi, fasa ini memberikan satu kuasa yang mutlak kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pengecualian. 

Seksyen 20A. Cukai pelancongan hendak dikena ke atas levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian. Tadi ada sebut Agoda, Airbnb juga. 

Soalan saya, ini undang-undang percukaian dikenakan yang diintroduce oleh Kementerian Kewangan. Apakah garis panduan untuk kawal selia terhadap Short-Term Residential Accommodation (STRA). 

Ini merupakan satu percukaian baharu yang diperkenalkan untuk mengenakan cukai terhadap Airbnb, Agoda dan sebagainya, platform-platform digital yang lain.

Persoalan saya, where is your STRA guideline? Apakah guideline untuk Short- Term Residential Accommodation? Saya menanya soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan masih dalam peringkat pendrafan, masih belum ada garis panduan untuk kawal selia terhadap Airbnb. Pada masa ini, kita keluarkan satu undang- undang percukaian untuk tax Airbnb dan juga pelancong-pelancong yang duduk dalam Airbnb

Ini bukan sahaja pelancong-pelancong asing, pelancong-pelancong domestik juga, orang KL pergi melancong di Penang duduk Airbnb yang booking melalui Agoda juga akan dikenakan ini cukai tambahan. Tidak ada satu guideline pun untuk kawal selia Airbnb. Tidak ada satu guideline untuk memberikan lesen kepada Airbnb tetapi kita mengenakan cukai kepada Airbnb. Itulah kita meletakkan percukaian priority tetapi kita tidak ada satu garis panduan untuk pelesenan, tidak ada satu garis panduan untuk memberi kawal selia dan sebagainya. 

Sekian Terima Kasih. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020.

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020.

-----------------------------------
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan untuk rang undang-undang untuk meminda Akta Eksais 1976. 

Seperti rang undang-undang yang dibentangkan sebelum ini Akta Kastam, Akta Eksais (Pindaan) 2020 juga terdapat tambahan kuasa kepada pihak kastam. Tambahan kuasa ini saya rasa perlu diseimbangkan. Dalam fasal-fasal yang disebut bahawa pejabat pegawai kastam boleh― yang pejabat pegawai kastam yang hak itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis.

Saya rasa ingin mendapat penjelasan daripada Menteri sama ada pandemik COVID-19 – sama ada ada SOP yang ketat memandangkan bahawa lokap kastam ini juga merupakan satu kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat penularan COVID- 19. So, saya ingin mendapat apakah SOP yang dipakai oleh pihak kastam. 

Saya ingin menyebut juga mengikut satu fasal yang disebut iaitu fasal 3, ketua pengarah boleh membenarkan sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira dibayar semula sebagai pulangan cukai. Kalau kita baca dalam Bahasa Inggeris ia sebenarnya “the words of the Director General may allow nine-tenths of the duties calculated in accordance with subsection 2 be repeat...” . Perkataan yang digunakan ialah “may allow” dan bukan “shall allow”. 

Saya ingin menanyakan kerana ada kuasa budi bicara Director General untuk membuat keputusan tidak membenarkan sembilan peratus duti yang kira itu dipulangkan sebagai pulangan cukai sama ada – Sekiranya Director General menggunakan kuasa di bawah fasal 3 ini untuk tidak membenarkan pemulangan sebagai pulangan cukai sama aggrieve party mempunyai kuasa untuk membuat rayuan sama ada kepada Director General ataupun kepada the right of appeal daripada aggrieve party ini sama ada dapat disediakan di bawah rang undang-undang. 

Saya rasa ini penting kerana kita– dalam rang undang-undang ini ia hanya menggunakan perkataan may dan bukan shall. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Menteri. Itu sahaja. Terima kasih.

Monday, December 14, 2020

Perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk RUU Perbekalan 2021 pada 2/12/2020

Video link: 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159191491569090&id=532284089

Perbahasan Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai di Dewan Rakyat peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk RUU Perbekalan 2021 pada 2/12/2020 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Saya merujuk kepada kerangka keberhasilan tentang pertanian dan industri makanan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Petunjuk jaminan bekalan makanan negara iaitu tahap sara diri atau self-sufficiency level (SSL) untuk beras. Dalam buku ini tahun 2019 dinyatakan sebenar 74.30 peratus, tahun 2020 sasaran sebanyak 77 peratus dan tahun 2021 sasaran sebanyak 82.39 peratus. 

Saya pun hairan kerana saya membaca pengumuman Yang Berhormat Menteri ialah meningkatkan SSL ataupun tahap sara diri bagi beras dari 70 peratus sampai 75 peratus. Boleh Yang Berhormat Menteri menjelaskan perbezaan angka-angka SSL dalam buku anggaran ini dengan pengumuman Menteri? 

Di bawah perkara yang sama juga, saya mendapati bahawa di bawah Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras, terdapat penurunan daripada peruntukan daripada 66 juta kepada 63 juta pada tahun 2021. Minta satu penjelasan kerana terdapat pengurangan walaupun kementerian ingin meningkatkan SSL untuk beras tetapi terdapat pengurangan daripada bajet. 
Yang Berhormat Menteri dari Beluran Sabah, apakah usaha Yang Berhormat Menteri tentang pembukaan lebih banyak tanah pertanian di negeri Sabah dan Sarawak? Memandangkan di pihak Semenanjung kita mungkin kekurangan ataupun tanah-tanah pertanian yang boleh dibuka di Semenanjung telah mencapai tahap yang tertentu. Apakah perancangan strategik Yang Berhormat Menteri untuk seluruh Malaysia untuk menambahkan lagi bekalan makanan khasnya di Borneo, di negeri Sabah dan Sarawak? 

Saya juga merujuk kepada Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Petunjuk peratusan tahap diri, self-sufficiency level (SSL) statistik daripada Department of Statistic Malaysia (DOSM) untuk cili kita hanya mencapai sebanyak 30.8 peratus, untuk halia sebanyak 16.2 peratus, untuk kubis bulat atau round cabbage sebanyak 36.2 peratus dan bawang atau onion tiada angka tetapi SSL yang rendah. 

Oleh itu, soalan saya SSL yang rendah dengan Import Dependency Ratio (IDR) yang tinggi memandangkan cili, halia, bawang dan sebagainya merupakan makanan, household food yang penting dalam Malaysia. Memandangkan juga apabila bill food import kita mencecah kepada RM60 bilion dan food trade balance deficit pada tahun 2018 mencecah kepada RM18.6 bilion. Itu telah meningkat daripada RM1.1 bilion pada tahun 1990, tahun 2006 sebanyak RM8.5 bilion food trade balance deficit dan sekarang RM18.6 bilion. 

Soalan saya, apakah usaha kita memperbaiki Global Food Security Index (GFSI), Malaysia di kedudukan 24 dalam Global Food Security Index dan ini bukan sahaja melibatkan isu makanan tetapi juga kepada isu consumption dan production harga makanan. Baru-baru ini India mengenakan larangan eksport ke atas beberapa kategori bawang ke luar negara, maka ia memberikan impak kepada Malaysia kerana kita import banyak bawang. 
Isu-isu logistik, currency exchange, climate change dan sebagainya. Apakah usaha menambahkan tahap sara diri (SSL) untuk beberapa agriculture produk dan kurangkan imports dependency ratio? 

Di bawah Butiran 020700 – Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Terdapat penurunan daripada angka anggaran RM143 juta kepada RM106 juta, apakah sebabnya penurunan tersebut? Penurunan yang drastik kerana saya dapati perikanan adalah satu industri yang penting. Apakah hasil kita telah meminda Akta Perikanan kita pada tahun 2019 yang diluluskan Parlimen ini? Apakah usaha perikanan laut dalam ataupun tuna industri di Lautan Hindi? Apakah hasil dalam perubahan pindaan akta itu? 

Perkara terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Terdapat di bawah nisbah tahap sara diri atau self-sufficiency level (SSL), tentang daging kambing sebanyak 12.1 peratus, daging lembu (beef) sebanyak 23.7 peratus dan sekali lagi SSL yang rendah dan IDR yang tinggi, Department of Statistic. Apakah usaha kita untuk menambahkan bekalan makanan daging dalam negara?
Saya minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

Thursday, November 19, 2020

预算案,就业市场及国债

 预算案,就业市场及国债

黄汉伟專栏

我囯正面对三重世纪危机:公共健康,经济及政治。在这样一个背景之下,慕尤丁政府在国会提呈的2021年度联邦财政预算案举国关注。

财政部长的预算案讲词是108页,那只是政府精简要向人民传达的资讯。魔鬼在细节里,政府不愿坦诚相告的不会出现在那108页里。真正的背景及财经资料是那四本在预算案日当天提呈予国会议员的年度财经报告,这包括2021年经济展望 (Economic Outlook 2021)、2021年财务展望与联邦政府收入预估(Fiscal Outlook and Federal Government Revenue Estimates 2021),2021年联邦政府支出预估(Estimated Federal Government Expenditure 2021)及2019年联邦政府财政报告(Federal Government Financial Statement 2019)。


我在财政预算案提呈后的周末及周日阅读了这4本整千页的文字及图表。我从宏观经济的部分开始读起,最后才看预算开支的细节部份。


这份财政预算案的思维是凯恩斯经济学(Keynesian economics)即主张国家采用扩张性的经济政策,通过增加总需求促进经济成长。


扩张性的预算案即政府提呈一个高支出多过收入的高赤字预算案。


政府对于2021年的经济展望是国内生产总值(GDP) 成长达到6.5至7.5 巴仙。这是过度乐观的展望。2020年首半年GDP为负8.3巴仙。对于经济复苏的模式可能是下跌后如何上升的V, U 或 W 模式,也有说法是K模式。K模式指有些行业成长快速如网商,有些行业一跌不振如与旅游有关的行业。


虽然国际间研究新冠疫苗有所突破,但要在全球推行稳定及可负担的疫苗不是一年半载如此容易办到。政府医院对于新冠检测都收费150令吉,要全民疫苗的费用是个天文数字。


所以,整个2021年的高经济成长展望的基础是新冠肺炎的威胁解除了,行动限制令解放了,边境不设限重开,经济如常的马照跑,舞照跳。


航空业预计全年损失130亿令吉。当你看到机长转行卖汉堡包,亚航的东尼当外卖哥,你就会知道情况是多么的严峻。


统计局报告今年第三季的失业率为4.7巴仙及约74万人失业。上述数据未能反映真正的就业市场状况因为这只是向有关当局报备的失业数据,不包括小商家倒闭,散工及臨时工失业,青年待业而没向当局报备的人数。我在国会问了关于今年大专院校毕业生人数。部长的回答是30万人。我们长期面对大学生技能与需求不匹配的情况,青年失业率高达双位数。


我们也面对不充份就业(underemployment)的状况。虽然有新工作机会,但这偏向低端行业而高技能工作机会少。这导致大学毕业生学非所用,技能与需求不匹配而经济学理论称为不充份就业。这是存在已久的高等教育及就业市场缺乏协调的制度结构性问题。


经济报告书提到联邦政府国债及债务风险已达1.3兆令吉,这是高达87.3巴仙的GDP。国会授权的国债上限是60巴仙GDP。我在国会提问国债问题得到部长的解答是国债达56.6巴仙GDP。这两个数字有所出入的个中原因是债务风险包括政府的信用保证(Government Guarantee), 一马1MDB 债务及其他政府法定机构债务是在其他法律下监管,而不算进国债60巴仙的上限。


2021年预算案预计在11月26日在国会进行二读投票及过后每一天国会会议进行27个部门委员会阶段辩论及54次投票(每个部门两次投票分别针对行政开销及发展开销)。过后三读投票整个财政预算案。接下来还有2021年财政法案,统合修改由财政预算案所引伸的多个法案。


所以朝野对垒还有很多变数。预计在野党会让有关必要开销如公务员薪酬的行政开销过关。有可能计名投票的是具争议性部门特定拨款。这一切取决于执政党有否把握硬闯关或妥协修改有关部分。


---------------

Thursday, October 22, 2020

解读2021年槟州预算案

解读2021年槟州预算案
文:黄汉伟

每年9月到11月是联邦、各州及市政厅公布预算案的时段。从部长的预算案讲词,各议员的提问,部长的答复及总结释放了很多讯息。这包括了经济展望、财政新政策及政治讯息。报章会大篇幅的据实报导预算案讲词,但要解读及深入分析须做长期关注及追踪有关细微的变化。

槟州首席部长曹观友于2020年10月12日在槟州议会宣读槟州政府2021年预算案。这是他成为首长后第三个预算案。这是一个预算收入5.6亿令吉,开支9.98亿的预算案。2020年预算收入为5.19亿令吉,开支7.92亿。2019年预算收入为5.55亿,开支9.19亿。相对这三年的预算案,2021年的预算开支比2019年预算开支多了不到10巴仙,开大了财政水喉但称不上大开财政水库。

槟州是个小州,所以这是个小的预算案。2020年度雪兰莪的预算案收入22亿,比槟城多4倍,开支23亿。2020年沙巴预算案收入是42.7亿,比槟城多8倍,开支41.6亿。2020年砂拉越的预算案收入是100亿,比槟城多20倍,开支98.9亿。隔邻的吉打州的2020年预算案收入是7亿,开支是10亿。

槟岛市政厅2021年预计收入3.5亿及威省市政厅为2.99亿。两个市政厅总预算收入总和是超越了槟州政府。

与联邦政府的2020年预算收入2445亿,开支2970亿比较,槟州的预算案是小了400倍。槟城理科大学所获得的联邦预算5.8亿也超越了整个槟州政府预算收入。

2019年槟州政府储备金为11.54亿令吉。虽然2021年财政预算案有4.3亿的赤字,但有足够的储备金空间到支付赤字。新加坡政府没有公布其储备金数据但单单今年就动用了520亿新元储备金来面对该国新冠肺疫疫情。

这些是现实的数据。这是联邦征税权大,州权小的写照。槟州个人税收及公司税收是交给联邦国库而不是州库。槟城个人及公司税收缴纳总数是排行第5即吉隆坡、布城、雪兰莪及柔佛之后。槟城国内生产比率是排在全国第6即雪兰莪、吉隆坡、砂拉越、柔佛及沙巴之后。但联邦拨款却没有获得同等对待。

东马州税收多,西马州税收少的状况。东马在联邦宪法之下有比西马更多的自主权及征税权。我仔细看了沙巴州首长的预算讲词。沙巴有多元的收入包括了石油税、棕油销售税、渔业销售税、木材税、港口税收等。

槟州在缺乏天然资源之下,收入来源有限以及有限的征税权,是依靠地价收入、土地税及其他税收入。就算州政府提高门牌税及地税等措施,也无法单靠州政府财力来支撑大型基础建设的计划。

槟城在未来要发展得更好是需要中央政府的配合及支持。槟城基础建设发展如两岸三通、南部填海交通大蓝图、双溪槟榔治水计划到跨州水供计划皆需中央政府的支持。这些支持不只是拨款支持,也包括了环境评估、担保出售债券来融资、各项规划准证及联邦决策单位的批准。

希盟22个月的掌权联邦政府,开启了有关基础建设的希望之门。可惜喜来登行动后,这个希望之门被关上了。看来还需要洪荒之力把这门重新开启。

Thursday, October 08, 2020

十月槟州议会

 十月槟州议会

黄汉伟專栏 (升旗山国会议员)刊登于光华日报)


十月是个特殊月份。历史记录着的十月大日子有俄国百年前的十月革命,中囯的十月一日国庆。十月十日是武昌起义,开始了辛亥革命。百年前孙中山与革命党人在香港开会后来拍成电影的《十月围城》。还有少不了令人响往的德国十月节庆(俗称十月啤酒节:Octoberfest)。


在遥远的北方,十月是秋天。很多重大事情需要在秋天处理,一旦进入冬天,什么事都干不了。


在赤道边盛夏的马来西亚,十月是个东北及西南季候风交替的月份,是大量雨水的月份。


槟州议会在十月开锣。这个年终会议,例牌的是明年度预算案,法案及提案。


我于2008-2018年在槟州州议会里,我统计了总共参与25个法案及提案的辩论。我在州议会最后一辩是2017年11月14日的《槟城植物园法案》。这不比我在国会两年半参与47个法案及提案辩论来得多。州议会平台的好处是媒体关注个别议员远比国会来得高,辩论时段有时甚至一句钟,远比囯会议员的10至20分钟来得充裕。


根据报章报导,槟州政府会祭出槟州宪法第14A反跳槽条文来革除4名州议员的议席。


我在2012年槟州行政议会讨论此事时,建议增设一段即如果社团注册局取消有关政党的注册或解散有关政党,那么有关议员无须悬空其议席。行政议会采纳我的建议,纳入修法就是现在槟州宪法的第14A(2)(a)条文。


1992年最高法院在吉兰丹州议会对Nordin Salleh [1992] 1 CLJ 72 一案有对反跳槽条文作出判决。有关2名议员于1990年在四六精神党旗下中选为丹州议员,他们于1991年加入巫统。吉兰丹伊斯兰教党政府事后于1991年4月25日通过修改丹州宪法加入反跳槽条文,追溯至1990年。随后在1991年7月3日在丹州议会通过提案悬空这两个议席。


选举委员会于1991年8月26日举行补选,有关2人在国阵旗下参选但皆败北。选举后,他们挑战州议会的提案。此案上诉至最高法院,判决是有关州宪法条文与联邦宪法第10条文自由结社的权利有所冲突,所以维持两人议员议席。


近年来,多个议员及议会的法庭诉讼皆可作为参考。


雪州议长邓章钦对Badrul Hisham一案里 [2017]9 CLJ 630 , 联邦法院裁决议长可在有关议员缺席议会超过6个月而没向议长请假时,悬空有关议席。此案里,议长在非议会期间作出有关悬空决定,这无损有关决定。这案从2011年高庭一直到2017年联邦法院的最终判决。有关议员申请庭令暂恢复其议员身分并获得高庭及上诉庭批准。由于联邦法院的判决在议会已届满后才裁决,上述议席并没有举行补选。


霹雳州议会议长西华古马遭撤换一案 [2010] 9 CLJ 825,上诉庭判决只要州议会根据议会程序,法庭根据联邦宪法第72(1)条文不能过问州议会里的事项。


砂拉越州议员陈长锋双重国籍一案,在砂州议会以70票对10票通过悬空埔奕州议席。2019年联邦法院用上了九司会审。7名联邦法院法官在多数判决里,根据联邦宪法第72(1)条文不能过问州议会里的事项。2名法官在各别的少数判词里写下法庭有权过问州议会的事项。东马大法官特别提到州议会违反程序正义。有关议员曾在有关州议会会议里,要求半小时来准备其自辩,不过不被议长接纳。在高庭,上诉庭及联邦法院经过了13个各级法官的判决下,有5名法官认为州议会无权革除其职位。8名法官认为交由州议会处理,法庭无权过问。


在法律战期间,选举委员会甚至宣布了补选日期。由于此案最终裁决已过了议会开始的三年,所以议长宣布无须补选。


所以槟州议会悬空4名议员的提案是场法律,道德大辩论。场内的议员可引经据典抛出对己方有利的论点,场中的议长须根据程序正义让有关4名议员作出充足的自辩。行政议员须一人提议及一人附议,代表政府在议会里提出动议演说。


在议会里辩论后进行投票表决,反对党可要求记名投票,测试谁支持,谁反对及谁弃权或缺席。如果议会议决悬空议席,议长就会请4人离席。议长就会写信通知选举委员会有关议席悬空。


接下来有两个可能性即4名议员打法律战,上庭挑战议会决定,申请庭令恢复议员身分。或者4名议员接受议会决定,待选举委员会择定补选日期后,再参与补选。槟州宪法第14A允许有关议员参与补选。


第一个可能性就如陈长锋打法律长战,时间拖长了就无须补选。第二个可能性就如Nordin Salleh 般先补选,选胜了就当英雄,选输了就上庭挑战议会决定。


各方在做沙盘演算,什至有关议员可先发制人在议会会议前上庭申请庭令。这是场议会人数战,法庭诉讼战,与选举委员会及时间赛跑的政治攻防战。


议员是否有个人更换政党及阵线的自由,还是议员须忠于民众原有支持的政党及阵线? 政党可否自由加入及退出政党联盟?如果议员有结社自由而任意跳槽,后果是严重到拉倒民选政府,那么选民的集体力量委托重要,还是议员自由结社权力重要?


这些不仅是法律条文,而是道德哲学命题。

Thursday, October 01, 2020

槟岛市政厅预算案言外之意

 

槟岛市政厅预算案言外之意


文:黄汉伟

预算案是官方单位每年的重头戏。预算案未能在议会如期通过,政府就无钱可运作,轻则就官方单位关门,重则政府倒台。

我国是三个级别的政府即联邦政府,州政府及市政府。根据惯例,槟岛市政厅的预算案先在9月中提呈,接下来是联邦预算案,最后才是州预算案。今年三个预算案时间重新洗牌,9月24日是槟岛市政厅,10月12日为槟州预算案,最后11月6日才是联邦预算案。喜拉登政变之后,国会会议挪后。这是近年来罕见的槟州比联邦更早提呈预算案。

阅读预算案是议员份内的工作。不过也得以直升机临高的角度来全览及显微镜的近距离审阅。

槟岛市政厅2021年预算案预计收入为3亿5401万,预计开销为3亿8229万。预计赤字为2828万。全国有149个地方政府,达到市政厅地位的有12个。槟岛市政厅的预计收入比雪隆一带同一级别的市政厅来得低。2020年吉隆坡市政厅的预计收入是29亿7200万令吉,是槟岛市政厅的8倍。八打灵是3亿9906令吉,莎阿南是4亿8057万令吉,皆比槟岛市政厅来得高。比槟岛市政厅来得低的是威省市政厅(2021年预计收入为2亿9925万令吉)。

以时间点而言,槟岛市政厅的收入于2011年之前是少过3亿令吉。2012年过后才达3亿以上。2020年的预算收入是4亿5千万,2018年及2019年的预算收入约4亿1千万。2021年的预算收入比起早几年来得少。市政厅预算发展屋业献金及道路献金来得少。这是否是建筑业2021年新冠疫情后行情缓慢或是政府有意调低献金,这有待更进一步的观察。

我去年的文章分析了槟岛市政庁的开销持续扩大,从几年前的财政盈余到现今的财政赤字令人关注。过去6年的财政总结分别为2014年 (盈余1.78亿),2015年(盈余1.46亿),2016年(赤字141万),2017年(赤字9861万)及2018年(赤字7645万),2019年 (赤字6495万)。

看来槟岛市政厅已经采取展开减低赤字的行动。其实槟岛市政厅已开始计划开源。自2005年至今,已15年不曾调整门牌税的产业年值额已在2019年做出调升,以填补市政厅的财政赤字,以继续提供市民更好的服务及更多发展。

州政府原本预计在2020年调涨门牌税,由于新冠疫情冲击经济之下,决定2020年豁免调涨,槟岛市政厅于2020年少收了5000万令吉。虽然在市政厅预算案讲词里没提到2021年的门牌税是否调涨,不过市政厅明年收入不涨反跌。所以我预计槟州政府在10月中提呈州预算案时,会对槟威两个市政厅有关门牌税事项做出正式宣布。

槟岛市政厅的管理预算高达89巴仙,其中公务员薪酬为42.56巴仙。发展预算则为11巴仙。一个良好的预算案是管理预算比例应降低来创造更高的发展预算使到有更多财政空间来进行市政提升及发展计划。

2021年单一最大数额的发展拨款是853万的天德园至武吉占姆平行大道。此工程已在数年前开展,预计明年完工。建设公路以舒解交通是必要的花费。当我担任阿依淡州议员吋,市政厅动用了2155万来建新的桥连接动物园路(Zoo Road)。事实证明,这个建设得到好评,什至有人说20年前就该建了。

不过,建议中的白云山地下隧道并没有列入2021年市政厅预算案。此计划曾在2019年预算案列下550万的预算。不过却在2020及2021年市政厅预算案中没有提到。看来市政厅延迟此计划至2022年或之后。

同样的,预算案里亦没提到建设新的邻里公园。在我担任阿依淡州议员时,我成功申请了两项邻里公园项目即甘榜比桑邻里公园及动物园路邻里公园。邻里公园的建设深得各年龄层的喜爱,早晨及傍晚运动的好地方。2017年槟州议会通过体育场及空地管理机构的法案, 并已成立有关管理机构。这州政府机构是否有财力取代市政厅去设立及管理邻里公园有待观察。

市政厅预算案里提到槟岛要迈向更清洁的菜市及在未来不再有巴刹里宰鸡的现象。市政厅也预算750万建立集中的宰鸡场。市政厅现在提供及维修集中宰猪场的措施及计划扩大到宰鸡场。市政厅有必要与巴刹里的鸡贩们良好沟通及采取更好的应对措施因为这会改变行业模式及经济规则。

槟州政府的州预算2020年预计收入为5.1亿,比槟岛市政厅2021年预计收入3.5亿及威省市政厅为2.99亿来得高。不过,两个市政厅总预算收入总和是超越了州政府。所以,州议员们应同等关注及钻研槟岛市政厅预算案,亦可在州议会里提出对市政厅的质询。

联邦,州及市政厅的预算案是环环相扣。我也会对州及联邦预算案作起分析。

—————-





Thursday, September 24, 2020

东马的特别议题

 东马的特别议题

文:黄汉伟

今年是我国独立63年,成立马来西亚57年。今年9月16日是马来西亚日,在砂拉越诗巫举行庆典,恰逢沙巴举行州选竞选期。在这样的一个9月里,砂沙课题再次登上全国政治舞台。

我在国会里常常听到东马议员挂在嘴边的东马课题。相对的西马议员鲜少突出本州情意结。

在现今国会下议院222个席位里,沙巴国席是25席及砂拉越国席是31席。东马砂沙两州加上纳闽直辖区国席是57席即25.7 巴仙。砂拉越是13州里最多国席的州属。

砂沙两州的本土派政治人物常提到要求三分之一的天下,实际上现今只有四分之一的国席。

回归历史在1963年马来西亚成立后的国会布局里,在下议院159席里,沙巴国席是16席,砂拉越是24席。东马的比率是25.1巴仙。这意味着1963年和2020年的东马国席比例是保持在25巴仙左右,是四分之一的天下。

1963年新加坡在马来西亚国会里有15席,占了9.4巴仙。自1965年,新加坡离开马来西亚后,新加坡的国席比例並没有转移到东马。最大的改变是1974年后至今增加的联邦直辖区国席是13个。

东马幅员广阔,总面积是198,069平方公里,是比西马的131,681平方公里来得大。东马海岸线是2607公里,是比西马2068公里来得长。

东马虽然面积比西马大,但居民人数远比西马少。砂拉越人口是390万及沙巴人口是281万,约马来西亚总人口的20巴仙。

东马有本土派政治人物争取三分之一的国席。马来西亚各州的国会议员须维护各自州属的版图,要说服他们来达到修宪的三分之二的国会议员支持是不可能的任务。

砂沙两州也是全国最多州议席的州属。砂拉越有82个州议席及沙巴有73个州议席。排名笫三的是霹雳州59个州议席。

近日最大的东马新闻是砂拉越获国油缴付29.5亿石油产品销售税。砂州全年预算收入是100亿,所以这5巴仙的石油产品销售税即总数29.5亿佔了收入的三成。

另一边厢,沙巴看守首长沙菲益恫言沙州政府将起诉国油以追讨自2020年4月开始实施的石油销售税。

最新一期亚洲周刊的封面是“航母杀手震慑美军,东风导弹射向南海杀伤链揭秘”。南中国海中美布局一旦出现擦枪走火,在南中国海彼岸的砂沙两州亦会波及池鱼。

东马课题离不开国家主权,国家安全,石油经济,多元文化,乡区发展等议题。 

————-






Wednesday, September 09, 2020

水供的最后一里路

水供的最后一里路


文:黄汉伟

最近水供污染的新闻又浮上台面了。随着雪州河流受到污染导致雪隆大断水后,联邦政府宣布将修改《2016年水供行业法令》及《1974年环境素质法令》以加强刑罚力度及执法功能。

干洁的水源是项基本需求。在非洲很多地方,人们仍然无法享用干洁的自来水水源而需依靠自然法则:河水及雨水。

一个地方的文明程度从细微处就可看出。

我从报章上读到有些高楼水质不理想的报导。槟城供水机构(PBA)也回应称该机构于2019年从全槟各滤水厂出口和水管共抽取了3150个净水样本。净水采样计划的程序,是由槟州卫生局及槟州供水机构联合执行。根据卫生部所制定的质量保证计划(QAP),这3150个样本的实验室测试结果显示,槟州供水机构所提供的净水质量在马来西亚是名列前茅的。

这段回应有个明显的落差。原因该机构所负责的净水质量,是直到槟州每座高楼建筑外的大仪表(bulk meter)位置为止。设在该机构的大仪表位置之后,并位于私人建筑内的抽水系统、水管及顶楼水箱,被视为是网状系统的组成部分。针对高楼建筑的情况,是由组屋管理层负责内部网状系统的维护及保养。

做为议员,我们常处理及协调屋管理层及PBA在最后一里水供的问题。我也曾上到组屋天台,爬上过水槽视察。

我认为这个高楼水供最后一里路的问题必须加强监管。高楼水槽必须定期清洗。PBA可以保证净水质量到大仪表而己,过后就经过水泵及高楼水管打上到组屋天台的水槽,再分配到数百户家庭。这个高楼水槽的维修工作是落在居民们及管理委员会身上而PBA并没有法定责任。

我参考了新加坡的法律,有关水槽清理部分可以借鉴。新加坡早在2002年就通过《公共措施(水供)条规》 第14条规定任何水槽必须至少每12个月由有执照的水管技工清洗及消毒。第47条定下刑罚条文。这任何水槽是包括了高楼水槽。马来西亚联邦及州的法律并没有类似法律规定。

我们会时不时读到马来西亚高楼水质问题的新闻,水槽生锈、有异物、飞鸟残骸等严重影响水质的问题。

当来临国会在修改《2016年水供行业法令》当儿,也应一起加进高楼水槽定期清洗的规定,以改进洁水供应至家家户户。

—————

Thursday, September 03, 2020

7星期国会会议后记

 

7星期国会会议后记


文:黄汉伟

国会下议院长达7星期共25天的会议会期刚结束。我想起了英国前首相工党的哈罗德.威尔逊(Harold Wilson) 的名言: “在政治上,一星期是太久了” (A week is a long time in politics)。 威尔逊也是世界政治历史上少数二度任首相者。他于1964-1970年任英国首相,1970年下野任反对党领袖, 1974-1976重新上台任英国首相。其他有类似经历者是英国前首相丘吉尔,马来西亚前首相马哈迪及刚刚辞职的日本首相安倍晋三。

这长达7星期的国会会议期间发生了几个重要政治事件。国会两度记名投票以111:109票通过换议长及111:106票通过2020年供应(重新分配拨款)法案;沙巴政治大决斗,州议会解散及宣布州选;纳吉SRC一案高庭作出定罪判刑、上诉及暂缓刑;林冠英被控上法庭;仕林河补选成绩揭晓;从BN 到PN 到MN 的政治联盟演变;马哈迪组党”斗士党”。同床异梦的执政联盟大演变。

威尔逊说的对。在政治上,一星期是太久了。更何况是7星期。威尔逊二度任相,其政治际遇弯曲转折,所以他的名言有历史参考价值。

在国会会议期间,慕尤丁阵营以水来土掩方式,确保政府法案能以足够议员的投票通过。反对党两次记名投票的测试,令慕尤丁阵营战战兢兢。在第6及第7星期,国会接连辩论10个法案,天天挑灯夜辩至晚上9时。部长们也留守国会以防反对党的记名投票的突袭。

我参与了辩论感谢最高元首谕词动议及5个法案的辩论。那5个法案是《2020年减少新冠肺炎疫情影响临时措施法案》、《2020年陆路交通(修正)法案》、《2020年破产(修正)法案》、《2020年国家安全理事会(修正)法案》、《2020年法庭司法(修正)法案》。我的法律训练在法案辩论正用得上场。

我在辩论《2020年陆路交通(修正)法案》时提到回顾实施道路安全措施的历史,必然发现此前我们已经采取许多应对措施,包括:1973年《摩托车(头盔)规则》、1978年《车辆(安全带)规则》、1989年《限速规则》、1992年《摩托车日间行车大灯规则》。

在道路安全措施中,车辆安全带条例成功减少了58%司机死亡率。不过,在1992年《摩托车日间行驶大灯规则》并不是很有效。我强调,降低血液酒精浓度(BAC)的测试并不是解决所有问题的奇方妙法。法案第11条款对呼吸、血液、尿液中的血液酒精浓度(BAC)的规定与世界卫生组织相符。

根据马来亚大学工程学院博士学位研究生Yusria Darma的一项研究,题为“马来西亚道路交通死亡人数的时间序列分析”,2017年,在道路交通意外中身亡的车辆司机中,只有1.3%是受到酒精的影响。因此,血液酒精浓度(BAC)并不是导致道路死亡的主要原因。

大部分公路受害者都是摩托车骑士,而根据年龄范围研究,在高速公路死亡的人士多为16-25岁之间的青少年。

政府应加倍努力,在道路设计方面以设立摩托车专用车道以降低公路意外率,因为导致意外发生的其中一个因素,即是大型车辆与小型车辆之间的冲突,无论大型卡车或普通轿车常与同一路线行驶的摩托车发生碰撞。

话说近代国会史的突袭是2019年11月27日晚上约9时,在2020年财政预算案妇女部财案委员会阶段,以32票对28票惊险低空掠过过关。我留守国会在场投下了重要的一票。

慕尤丁的挑战是11月的国会会期是2021年财政预算案的会期,有20多次的表决时段,加上10多个法案的通过表决时段。执政阵营是否有能耐挡得住在野党的投票突袭?

慕尤丁的挑战不只是国会单薄的支持力量,其同床异梦的盟友,各州政府不同力量的角力:从沙巴到柔佛及吉打的不同调。经济压力同样重压慕尤丁阵营,如何端出一个向未来举债,看起来又好看,而不大举征新税的2021年财政预算案。

———


Monday, August 31, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 pada 24/8/2020.

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 pada 24/8/2020. 

----------------
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020. 


Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum bahawa akta ibu Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 antaranya memaktubkan prosedur-prosedur pengisytiharan kawasan keselamatan. Tadi pembahas-pembahas sebelum ini telah mengutarakan bahawa memperbetulkan apa yang tidak betul sebelum ini. 


Akan tetapi, saya ingin membangkitkan satu perkara iaitu kalau kita meneliti tentang seksyen 6, keanggotaan Majlis Keselamatan Negara, Perdana Menteri sebagai Pengerusi, kemudian Timbalan Pengerusi yang akan dipinda melalui rang undang-undang ini, Menteri bertanggungjawab pertahanan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. Di bawah seksyen 8(3), kuorum Majlis Keselamatan Negara adalah lima. 


Akan tetapi, saya nampak ada satu lacuna. Kalau dari segi legislatif, satu lacuna dari segi ini. Ini kerana apabila berlakunya keadaan seperti hanya ada caretaker prime minister ataupun apabila selepas pilihan raya sebelum tubuhnya Kabinet, maksudnya itu kita ada satu tempoh di mana tiada Menteri Pertahanan, tiada Menteri Dalam Negeri, tiada Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Majlis Keselamatan Negara tidak boleh berfungsi. Apabila Majlis Keselamatan Negara tidak boleh berfungsi, bagaimana seksyen 18(1) boleh dilaksanakan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan? 


Walaupun kemungkinan perkara ini berlaku adalah kecil tetapi ia akan berlaku. Terdapat lacuna iaitu sebelum penubuhan Kabinet, tidak ada Menteri dan tidak ada kuorum. Tidak ada kuorum dalam Majlis Keselamatan Negara. Perkara ini tidak timbul sebelum ini kerana sebelum wujudnya Akta Majlis Keselamatan Negara, Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mendeklarasikan kawasan darurat atas nasihat Perdana Menteri yang bermaksud termasuk juga caretaker Prime Minister. 


Bagaimanakah pindaan ini ada satu lacuna di sana yang saya nampak besar dan perlu difikirkan. Ini kerana sepatutnya satu undang-undang yang baik perlulah meneliti segala keadaan. Yang sebaiknya, satu anggota Majlis tidak menentukan nama-nama Menteri ataupun melalui gazet dengan jawatan-jawatan tertentu. Saya rasa ia memerlukan satu penjelasan daripada Menteri. 


Lagi satu perkara yang saya ingin bangkitkan ialah tentang prinsip federalism di Malaysia. Federalism Malaysia ialah sebuah negara persekutuan dan di bawah Majlis Keselamatan Negara, saya memang faham bahawa di bawah jadual legislatif, hal ehwal pertahanan keselamatan adalah di bawah Persekutuan. Akan tetapi, apakah peranan kerajaan negeri?


Apakah pandangan kerajaan negeri dalam perkara ini perlu diambil perhatian? 
Ini kerana kuasa di bawah Majlis Keselamatan Negara, walaupun dipinda, tidak menggariskan peranan Ketua Menteri atau Menteri Besar di mana kawasan keselamatan itu diisytiharkan.


Saya faham bahawa di bawah seksyen 10, Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri Majlis tetapi ia hanya boleh mengundang. Dia tidak mewajibkan Majlis Keselamatan Negara untuk menyenaraikan kerajaan negeri dalam keanggotaan Majlis ini. Saya rasa itu satu perkara yang perlu kita berikan perhatian. 


Parliamentary oversight iaitu saya ambil maklum bahawa melalui pindaan ini juga, Majlis Keselamatan Negara walaupun masih mempunyai kuasa seksyen 42 di bawah peraturan- peraturan, Majlis Keselamatan Negara boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan akta ini untuk mengawal pergerakan, menetapkan apa-apa aktiviti yang dilarang dan sebagainya adalah kuasa yang amat besar. 


Apakah peranan kerajaan negeri? Apakah peranan Majlis Keselamatan Negeri dalam struktur ini? Saya rasa ada kekurangan dari segi itu dan saya meminta penjelasan Menteri. Sekian, terima kasih.

Perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 pada 25/8/2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 pada 25/8/2020


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. 

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, seperti tadi para pembahas telah membangkitkan isu kelewatan itu adalah kelewatan yang teramat sangat kerana di negara-negara lain, legislation sebegini telah diluluskan pada bulan Mac, April dan Mei. Kita mengalami kelewatan yang amat lewat. Rang undang-undang sedemikian, kalau di negara-negara lain, ia merupakan satu social legislation untuk membantu ataupun menangguhkan kesan jangka waktu tertentu pelaksanaan kewajipan kontrak terhadap pihak yang lebih lemah, mereka yang tidak memiliki kuasa tawar- menawar yang sama kekuatan dengan pihak kontrak yang lain. Dengan ini it is a social legislation untuk memberikan relief undang-undang kepada individu dan perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana (SME) selepas pandemik COVID-19. 

Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa Menteri menyebut terdapat 58 peraturan ataupun perintah yang telah dipinda selepas COVID-19 ini. Saya hendak mentafsirkan ia sebagai subsidiary legislation. Saya ingin meminta satu senarai penuh 58 peraturan perintah yang telah dipinda subsidiary legislation ini supaya kita untuk kajian selanjutnya. 

Seperti isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pembahas-pembahas sebelum ini, saya ingin membangkitkan satu isu yang tidak terkandung dalam pindaan ini iaitu untuk kes lelong di mahkamah. Untuk kes lelong di mahkamah ditadbir di bawah seksyen 257 (1)(g) Kanun Tanah Negara untuk lelong di mahkamah yang antara lain menyebut bahawa masa untuk membayar (purchase prices) hendaklah dilengkapkan dalam masa 120 hari. 

Di dalam seksyen 257(1)(h) itu dan kalau tidak dipenuhi dalam tempoh 120 hari, deposit akan shall be forfeited dan mahkamah telah mentafsirkan dalam satu kes di mahkamah Tinggi  di Pulau Pinang baru-baru ini bahawa berdasarkan seksyen 257(1)(g) dan seksyen 257(1)(h) Kanun Tanah Negara, bahawa tiada lanjutan masa diberi. 

Walaupun terdapat lockdown (MCO) berlaku pada 18 Mac 2020 dan pengadu tersebut meminjam pinjaman bank dan gagal menyempurnakan proses tersebut kerana perlu complete loan document, facility document presentation, caveat dan sebagainya. Apakah relief? Apakah undang-undang ini memberikan relief kepada kes-kes lelong di mahkamah. 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berpandukan kepada National Land Code sedia ada rayuan lanjutan masa ditolak dan pihak Maybank telah forfeited sejumlah wang sebanyak RM30,000. Ini merupakan lelong deposit untuk 10 peratus untuk hartanah yang bernilai lebih kurang RM300,000. What is the relief?  undang-undang ini tidak memberikan relief spesifik kepada kes lelong yang depositnya dilucutkan? 

Saya membaca satu seksyen 58(1) di bawah Pelanjutan Masa Untuk Melaksanakan Kewajipan dan Aplikasi Statutori dan seksyen 58(2) bahawa berkuat kuasa dan itu perlu Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi mana-mana akta untuk mengeluarkan satu notis statutori untuk menurut perintah disiarkan di dalam Warta untuk melakukan apa yang saya sebut tadi. 

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Menteri sama ada JPM (Undang- undang) ataupun Menteri yang bertanggungjawab Kanun Tanah Negara, Menteri Tanah bersedia mempertimbangkan dan mengeluarkan perintah disiarkan di dalam Warta untuk memberikan lanjutan masa kepada kes-kes lelong di mahkamah yang deposit mereka telah dilucutkan oleh bank dan tiada remedi diberikan oleh mahkamah. 

Saya ingin mendapat penjelasan dan juga spesifik berkenaan isu ini oleh Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

Perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 pada 26/8/2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 pada 26/8/2020

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Saya turut ingin menyertai perbahasan Akta Mahkamah Kehakiman Pindaan 2020 ini dan seperti tadi rakan- rakan saya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Sepang telah mengutarakan reservation terhadap provision remote technology ini. Saya bersetuju dengan pandangan mereka. Secara dasarnya, kebelakangan ini cabang kehakiman aktif dalam embracing technology telah e-filing sistem, e-jamin dan ada juga tahun ini juga melaksanakan e-lelong sistem. Saya terpanggil oleh persatuan lelong yang ingin merayu kepada pihak mahkamah supaya mempertimbangkan menggunakan sistem hibrid lelong dan bukan 100 peratus e-lelong. Saya membangkitkan isu ini pada 22 Julai semasa perbahasan saya untuk Titah Diraja dan saya masih belum mendapat jawapan bertulis ataupun jawapan lisan daripada pihak Menteri. 

Pelelong-pelelong hilang mata pencarian kerana pelaksanaan e-lelong sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Malaya dan saya minta pihak Menteri ataupun pihak badan kehakiman mengadakan libat urus dengan persatuan-persatuan Dengan gelombang digital ini seperti e-lelong ini ada cadangan supaya hibrid dilaksanakan iaitu supaya pelelong-pelelong juga dapat bersama terlibat dalam lelong sistem di Mahkamah Tinggi. 

Satu perkara lagi ingin saya memberi perhatian pada hari ini ialah remote technology untuk kehakiman. Kita ada tiga cabang. Eksekutif, kehakiman dan juga legislatif. Nampaknya badan kehakiman moving ataupun bergerak pantas dari segi remote technology. Bagaimana pula dengan Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. Parlimen sebenarnya boleh menggunakan remote technology dengan lebih efektif dan saya ingin merekodkan rasa dukacita saya kerana Select Committee Parlimen dan juga Public Account Committee (PAC) tidak dapat berfungsi sejak 1 Mac sehingga hari ini. 

Sebenarnya PAC di mana saya seorang anggotanya boleh menggunakan remote technology ataupun keterbukaan. Tadi Yang Berhormat Pasir Puteh menyebut keterbukaan. Apabila memanggil inquiry dalam kes-kes Select Committee Parlimen dengan Public Account Committee boleh menggunakan remote technology dan juga dengan berkongsi maklumat ini secara terbuka. Malangnya hari ini peraturan-peraturan standing order kita masih tidak membenarkan Select Committee dan juga PAC untuk melaksanakan live streaming dan hari ini kita mempertimbangkan permohonan daripada badan kehakiman melaksanakan remote technology untuk live streaming. Tetapi sebagai Ahli Dewan Rakyat kita pula terlewat. Kita tidak ada usaha untuk mengubah standing order kita. Kita tidak ada usaha untuk embracing technology. Malangnya sepuluh Select Committee kita dan juga PAC paralyse sehingga hari ini. 

Saya setuju dengan pandangan rakan- rakan saya berkaitan dengan remote technology digunakan untuk kes-kes sivil terutamanya mention untuk case management dan sebagainya tetapi untuk criminal cases, saya setuju dengan rakan-rakan saya yang menyebut reservation mereka. 

Tetapi hari ini kita berharap badan kehakiman moving forward for the digital technologySaya ingin menekanbahawa parlimen telah lambat, Select Committee tidak gerak, PAC tidak terbuka, itu masalahnya. Kita kena bijak menggunakan teknologi untuk memastikan to the interest of justice. Saya rasa perkara itu perlu diberi perhatian yang serius dan saya mengambil kesempatan perbahasan bill ini menyeru pihak pejabat Tuan Yang di-Pertua untuk melihat balik kepada Standing Order Parlimen supaya Parlimen dan juga Select Committee-Select Committee di bawahnya boleh juga mengadakan mesyuarat melalui remote technology. Saya harap Tuan Yang di-Pertua yang baru boleh mengorak langkah terhadap teknologi baru ini. Sekian, terima kasih. 


Perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 pada 26/8/2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 pada 26/8/2020


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 ini. Sekiranya kita lihat kembali kepada sejarah pelaksanaan langkah-langkah keselamatan jalan raya, banyak langkah telah dijalankan sebelum ini. Antara lainnya, dengan izin, Safety Helmet Rules 1973, Seat Belt Rules 1978, Speed Limit Rules 1989, Motorcycle Daytime Running Headlights Regulation 1992, implementation of specification of protective helmets, semakan piawaian helmet. Antara usaha langkah keselamatan jalan raya, antara lainnya peraturan tali pinggang kereta telah berjaya mengurangkan kematian pemandu dengan jumlah 58 peratus. 

Walau bagaimanapun, motorcycle day time running headlights regulation tidak begitu efektif. Cadangan pindaan undang-undang ini merupakan langkah tambahan kepada usaha di atas. Akan tetapi saya perlu mengingatkan kementerian bahawa penurunan kepekatan alkohol ataupun blood alcohol contents (BAC) yang di introduce melalui pindaan ini bukanlah silver bullet yang bakal menyelesaikan segala-gala masalah. Inti pati klausa 11, had blood alcohol contents (BAC) yang ditetapkan untuk nafas, darah, air kencing, sejajar dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 0.05 peratus alkohol dalam darah, 0.022 peratus untuk nafas dan 0.067 peratus untuk air kencing. 

Menurut kajian oleh Yusria Darma, calon PhD Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya dengan tajuk, “A Time Series Analysis of Road Traffic Fatalities in Malaysia 2017”, hanya 1.3 peratus pemandu kenderaan yang mati dalam kemalangan jalan raya diuji secara positif terpengaruh dengan alkohol. 1.3 peratus sahaja. Dengan itu, blood alcohol contents (BAC) bukanlah sebab utama berlaku kematian jalan raya yang melibatkan maut. Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya, sama ada sebelum ini ada Road Safety Plan 2014 sampai 2020 yang mempunyai sasaran mengurangkan kematian jalan raya telah mencapai objektifnya? Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kemalangan jalan raya dan kebanyakan mangsa jalan raya adalah penunggang motosikal. Menurut kajian, julat umur yang mengalami kematian jalan raya yang tinggi ialah golongan remaja. Antara umur 16 tahun sampai 25 tahun. Lokasi yang merekodkan kematian jalan raya tertinggi adalah di lebuh raya atau highway

Kalau kita lihat highways di negara kita sama ada lebuh raya seperti Federal Highway, Butterworth – Kulim, KESAS Highway, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang dan beberapa lagi. Saya rasa reka bentuk jalan raya dengan motorcycle lane spesifik boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ini kerana satu punca kemalangan ialah konflik antara kenderaan besar sama ada lori besar, kenderaan terutamanya kereta bertembung dengan motosikal yang berkongsi laluan yang sama. Mengikut kajian oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) bahawa kalau kita melabur ataupun kita membuat usaha menambahkan motorcycle lanes, dedicated motorcycle lanes yang boleh mengurangkan kematian kemalangan jalan raya yang melibatkan khasnya penunggang motosikal dan juga penumpangnya. 

Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bahawa 1.3 peratus sahaja pengaruh alkohol, yang lain-lain. Kalau kita ingat bahawa dengan introduce bill ini ia hanya boleh menambahkan kebaikan, penyelesaian sedikit sahaja dan bukan boleh menyelesaikan segala masalah kemalangan maut yang pada hari ini. 

Begitu juga saya ingin menimbulkan konsep kenderaan micromobility yang diperkenalkan dalam klausa 2B rang undang-undang pindaan ini yang merujuk kepada kenderaan yang berkelajuan maksimum 50 kilometer sejam. Antara senarai kenderaan micromobility yang wujud buat masa ini termasuk bicycle, beca, tricycle berkayuh, basikal elektrik, e-scooter segway, basikal lajak. Saya berpandangan bahawa untuk kategori micromobility itu, kalau sebaiknya boleh digalakkan kawasan khas untuk melindungi penunggang, pengguna tersebut daripada berkonflik dengan kenderaan besar seperti lori besar dan kereta. 

Kita perlu melindungi khasnya golongan muda daripada potensi kemalangan yang tentu akan berlaku sekiranya tiada kawalan daripada pihak berkuasa. Saya apabila melihat akta ini, rang undang-undang ini tidak disebutkan dengan jelas. Akan tetapi kalau saya boleh merujuk kepada akta, satu undang-undang di Singapura, Active Mobility Bill yang regulate personal mobility devices. Saya rasa kita mungkin tidak menjurus ke arah itu dengan satu undang-undang yang begitu komprehensif di Singapura tentang personal mobility devices. Saya rasa, kita perlu ada kawasan khas, digalakkan kawasan khas kerana memang kalau hari ini kita lihat banyak e-scooter di kawasan Georgetown in the city, jalan yang sempit, e-scooter atas jalan raya. Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mengawal selia perkara ini? kita bukan hendak menghalang e-scooter ini tetapi kita tidak mahu pengguna e-scooter ini bertembung dengan kenderaan kerana berkongsi atas jalan yang sama. 

Seperti saya katakan tadi, saya rasa bukan sahaja MOT perlu melihat kepada usaha penambahbaikan terhadap pengangkutan awam seperti bas, LRT dan sebagainya. Ini kerana apabila pengangkutan awam yang bagus, akan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Isu-isu drink driving ini akan dapat dikurangkan secara berkesan. Pihak kerajaan juga saya rasa harus memberikan perhatian kepada pelbagai aspek dan bukan sahaja meningkatkan hukuman ataupun banyak lagi dasar dan kerangka perlulah diteliti. Jangan gunakan alasan blood alcohol content (BAC) ini untuk bekukan lesen arak yang baru-baru ini telah dilakukan di Wilayah Persekutuan, telah dibekukan pengeluaran lesen baharu. Saya rasa ini bukan alasannya kerana rekod data yang menunjukkan 1.3 peratus, yang menyebabkan kematian, ada beberapa sebab, ada banyak sebab. Saya rasa satu kajian ataupun satu usaha yang lebih gigih boleh dilakukan. 

Saya rasa autoriti perlu menyediakan tempat rekreasi untuk anak-anak muda. Tempat-tempat yang selamat untuk penggunaan basikal, tempat-tempat yang selamat untuk penggunaan e-scooter dan bukan untuk meletakkan beban yang begitu berat ke atas ibu bapa. Itu sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 


Sunday, August 30, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Insolvensi 1967

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Insolvensi 1967 pada 25/8/2020


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Insolvensi 1967. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan. 

Rang undang-undang ini antara lain meningkatkan ambang minimum untuk mengemukakan petisyen kebankrapan daripada angka RM50,000 kepada RM100,000. Seperti kita sedia maklum, tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan empat kali pindaan telah dibuat. 

Persoalan yang saya ingin membangkitkan ialah bahawa Yang Berhormat Menteri tadi sudah sebut bahawa di bawah Companies Act 2016 bahawa Yang Berhormat Menteri telah melaksanakan kuasa dia untuk menaikkan statutory debts demand for the  notice daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan juga daripada within 21 days atau 21 hari kepada enam bulan. Saya meneliti bahawa tiada pindaan terhadap seksyen 3(1)(i). Tiada pindaan seksyen 3(1)(i) Akta Insolvensi yang antara lain dalam Akta Insolvensi ini menyatakan bahawa seksyen 3(1)(i) yang provided ialah “a party must within seven days after service of bankruptcy notice make a necessary payment or satisfy the court, he has a counterclaim definitely which the critical can that proceed to file a bankruptcy petition”. Tujuh hari. Tiada pindaan terhadap seksyen 3(1)(i). 

Ia sepatutnya dipinda kepada enam bulan untuk membolehkan penghutang menyelesaikan masalah dia. Ini kerana walaupun ada peningkatan dari segi statutori ambang minimum kepada RM100,000. Sepatutnya ditingkatkan seksyen 3(1)(i) daripada tujuh hari kepada enam bulan. Sejajar dengan company winding up law. Kenapa ini tidak dinaikkan? Apakah sebabnya dan saya rasa Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa ada consultation. Akan tetapi, nama-nama yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah consultation dengan financial institutions atau business sector sahaja. Bagaimana dengan orang-orang yang penghutang atau debtors yang tidak terlibat dalam consultation sedemikian. Apakah hak mereka? Oleh itu, saya rasa walaupun Akta Insolvensi ini menaikkan ambang minimum itu masih tidak mencukupi. Pada pandangan saya masih tidak mencukupi dari segi itu.


Perkara kedua yang saya ingin bangkit di sini ialah berkenaan dengan satu seksyen iaitu seksyen 60(1) iaitu satu seksyen tidak terpakai kerana di bawah pindaan 2017, seksyen 60(1), apabila ditingkatkan ambang minimum, tiada kuasa retrospektif untuk mereka yang telah menerima adjudication order.  Dengan ini maka apakah relief kepada seramai 300,000 orang rakyat Malaysia yang telah dideclare sebagai bankrupt sebelum ini. 

Di bawah pindaan Akta Insovensi ini tiada reform terhadap discharge of the bankrupt. Kita perlu – tadi Yang Berhormat Selayang telah sebut bahawa perlu ada pembaharuan pembebasan terhadap bankrap kerana, walaupun pindaan Akta 2017 ini telah pun dibuat tetapi tiada kesannya. Saya masih menerima aduan daripada penghutang ataupun si bankrap yang menghadapi masalah daripada segi pelepasan dan saya risau ini tidak ada reform, tiada klausa retrospektif terhadap mereka yang telah menghadapi masalah – a big number 300,000 orang dalam angka bankrap. 

Saya juga ingin menyebut satu perkara yang penting dalam – saya meneliti fasal 2(e) subseksyen 1(e) berkenaan dengan kuasa Menteri untuk meminda nilai ambang hutang. Sepanjang legislative history 1967 sehingga hari ini sudah 53 tahun undang-undang kebankrapan kita. Sebanyak empat kali datang ke Parlimen untuk ubah varies the amount meningkatkan ambang minimum – empat kali setelah dibuat. Akan tetapi, pindaan kali ini akan secara permanently akan memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri, kepada eksekutif untuk menukar ataupun meminda angka ambang minimum itu. 
Saya rasa undang-undang ini pindaan ini telah memberikan kuasa yang amat besar kepada eksekutif dan untuk bypass Parlimen tidak perlu datang ke Parlimen untuk pindaan terhadap ambang minimum dan saya rasa ini akan merunsingkan kerana kuasa-kuasa Parlimen terhakis. Eksekutif boleh meminda nilai ambang minimum tanpa datang ke Parlimen. Saya rasa bukan sahaja satu trend. 

Baru-baru ini beberapa rang undang-undang yang ditimbulkan kuasa eksekutif telah dibesarkan seperti tadi kita bahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, juga memberikan kuasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melanjutkan masa kuat kuasa akta ini dan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh pinda beberapa kali dalam tadi seksyen– kuasa Perdana Menteri untuk melanjutkan kuatkuasakan Akta COVID-19 itu dan boleh dibuat daripada sekali. 

Saya rasa kuasa eksekutif itu semakin besar, apa telah terjadi? Kenapa kuasa Parlimen, saya rasa trend eksekutif ini untuk memberikan kuasa kepada eksekutif bypassing Parlimen sebenarnya memberikan satu blank cheque kepada eksekutif untuk meletakkan angka- angka ambang minimum. 

Saya rasa itu satu kerunsingan saya sebagai Ahli Parlimen kerana kita perlu apabila setiap ambang minimum ditingkatkan, kita perlu datang ke Parlimen untuk debate. Untuk kita approve kerana itu adalah peluang untuk Ahli-ahli Parlimen juga menanyakan soalan-soalan berkenaan dengan discharge, berkenaan dengan prosedur-prosedur discharge dan juga isu-isu yang berkaitan. Itulah persoalan yang saya ingin timbulkan pada hari  ini. Itulah perbahasan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.